Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,

Puisi
 

Haluan sarat banyak muatan,
     Nampak cahaya batu karang;
Tuan ibarat permata intan,
     Di mana tercampak di situ terang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
satu nod terhad, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir. (KOM) fire flank (api apitan/api sisi) Kebakaran yang berlaku secara selari dengan menghadap arah haluan angin akan membakar sesuatu kawasan dengan lebih cepat dengan keamatan pem- bakaran yang tinggi. (HUT) fire place (kawasan perapi) Bahagian lantai yang digunakan untuk membakar bahan api mengikut suhu udara rangga sosial seperti lebah, anai-anai dan semut, yang mungkin terhasil akibat faktor pemakanan atau parasitisme. (BIO) intercellar (antara sel) Perihal di celah-celah sel seperti ruang di dalam meristem, haluan hempedu di antara sel hati, pleksus dendrit di antara sel ganglion simpatetik dan bahan seperti lamela tengah. (BIO) intercellular cavity (rongga antara sel) Ruang antara sel yang pendek dan menjadi

Kembali ke atas