Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.mil] | حاميل

Definisi : 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulan­nya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang me­ngan­dung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, me­ngan­dungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertam­bah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda ke­hamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.mil] | حاميل

Definisi : mempunyai anak dlm kandung­an; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamil (adjektif)
Bersinonim dengan mengandung, bunting, sarat, berbadan dua, bertian, besar perut;,
Kata Terbitan : menghamilkan, kehamilan,

Peribahasa

Berputik dulu baru berbunga,
     buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Perempuan yang hamil sebelum kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
meridian. (MAT) antemortem (antemortem) Berkaitan dengan sesuatu yang dilakukan sebelum mati. Banding postmortem. (UBAT) antenatal (antenatal) Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh se- seorang mula hamil sehingga kelahiran bayi. Tempoh antenatal biasanya 40 minggu atau 280 hari. Sinonim prenatal. (UBAT) ante-alar antenatal Kamus Sains.indb 72 7/8/08 11:46:02 AM 73 antenna daripada manusia. Virus ini boleh dikelas- kan kepada beberapa serotip. Sesetengah serotip dikaitkan dengan penyakit manusia terutamanya meningitis aseptik. (UBAT) eclampsia (eklampsia) Konvulsi dan koma yang berlaku semasa seseorang sedang hamil atau selepas bersalin. Keadaan ini dikaitkan dengan hipertensi, edema dan proteinuria. (UBAT) eclosion (eklosi) 1. Kemunculan imago atau serangga dewasa pada peringkat pupa. 2. Penetasan telur. (BIO) Eco RI (Eco

Kembali ke atas