Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup.hi.dup] | هيدوڤ٢

Definisi : 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Mati di sisi yang hidup,
     hidup di sisi yang mati.

Bermaksud :

Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

 

Lihat selanjutnya...(107)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup. (UBAT) abiotic (abiotik) Berkaitan dengan sesuatu yang bukan hidup. Contohnya, faktor abiotik yang mengawal aktiviti biologi ialah pH, suhu dan kelembapan. Sinonim abiotic factor. (BIO) abiotic factor (faktor abiotik) Lihat

Kembali ke atas