Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bung] | هوبوڠ

Definisi : ; berhubung 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplo­mat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemes­­­­raan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perunding­an secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan meng­hubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg meng­hubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bung] | هوبوڠ

Definisi : ; berhubung 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. ~ awam amal­an menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesra­an, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh sesebuah syarikat, institusi dsb. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
fever (demam abortus) Lihat brusellosis. (UBAT) abrasion resistance (rintangan lelasan) Rintangan terhadap geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur yolk pyramid (piramid yolka) Sel tertentu yang terbentuk pada telur bersegmen bagi ikan tertentu. (BIO) yolk sac (kantung yolka) Kantung berisi yolka yang menjadi sumber makanan embrio. Kantung ini ber- hubung dengan usus embrio melalui duktus vitelin. (BIO) Youngʼs construction (pembinaan Young) Tatacara secara graf untuk menyurih sinar cahaya yang melalui dua medium yang mempunyai indeks biasan yang berlainan. (FIZ) yttrium

Kembali ke atas