Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wal] | کاول

Definisi : 1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. pen­jagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya; berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; mengawal, mengawali 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; mengawali mengawal berterusan atau beramai-­ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu; terkawal (dapat) dikawal, diawasi; kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukum­an yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wal] | کاول

Definisi : ; berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. mengawal 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
serta-merta berlaku merentangi seluruh simpang pn diod itu. (FIZ) avalanche photodiode (fotodiod runtuh) Fotodiod yang beroperasi dalam rantau urai runtuh untuk mencapai gandaan fotoarus dalaman, dan memberikan operasi suis kawal-cahaya yang pantas. (FIZ) average current (arus purata) Arus yang nilainya merupakan hasil purata arus ulang-alik meliputi setengah kitaran. (FIZ) average unit cost estimate of fixed capital investment (anggaran pemisahan gentian biasanya terhad. Retak biasanya berlaku akibat tegasan semasa proses pengeringan. Terdapat tiga jenis retak yang utama, iaitu retak permukaan, retak hujung dan retak dalam. (HUT) check dam (empangan kawal) Empangan yang kecil dan rendah dalam sebuah sungai untuk mengurangkan halaju air sungai dan menggalakkan pengenapan bahan yang terhakis. Em- pangan ini dibina untuk mengelakkan hakisan yang melampau. (BIO) check

Kembali ke atas