Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mah­kamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat di­kenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lut senjata: tidak lut peluru, tahan besi, tahan peluru, tahan tembak, tahan kulit, mental, weduk, tahan pukul, tahan tapa,
Berantonim dengan lut

2. Bersinonim dengan tidak boleh didakwa: tidak boleh dituntut.


Peribahasa

Kelapa tebal sabut,
     terhempas ke batu tak pecah,
dibuang ke laut tak tenggelam.

Bermaksud :

Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tempat untuk menyimpan minyak selepas dipindahkan dari tangki pengeluaran sebelum diangkut ke kilang penapisan. Penyimpanan ini dilakukan untuk memenuhi keperluan pengeluar, penapis atau talian paip. (KEJ) tank periscope (periskop kereta kebal) Periskop yang membolehkan individu yang berada di dalam kereta kebal meli - hat ke luar tanpa terdedah kepada tembakan peluru. Periskop ini menggunakan sepasang permukaan pantulan rata yang selari sama ada cermin

Kembali ke atas