Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel; 2. = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa); ~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentacu-lata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~ sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganja prb sama-sama jahat; berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapan­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecubung I

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
terbentuk daripada dua atau lebih karpel yang ber- cantum. Buah jenis ini mempunyai banyak biji, tidak bernabu dan apabila masak dan pecah pada peringkat matang lalu membebaskan biji. Contohnya, buah kecubung. (BIO) CAR (CAR) Singkatan bagi computer-aided retrieval. Lihat computer-aided retrieval. (KOM) capillary CAR Kamus Sains.indb 185 7/8/08 11:48:06 AM 186 carbenium ion (ion karbenium

Kembali ke atas