Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
padu ini dilakukan melalui per- janjian antara pengusaha petroleum dengan kerajaan dan biasanya di pering- kat awal proses pembangunan telaga. Kadangkala perjanjian itu ditinjau dari masa ke masa untuk memelihara kepentingan kedua-dua pihak yang terlibat. Di negara yang mengamalkan sistem prorata, isi padu tersebut ditentukan se - tiap bulan oleh agen yang dilantik bagi mengawasi keabadian tenaga di negara allosome allowable dihantar ke peja- bat meteorologi lain melalui alat faksimile. (METEO) factor analysis (analisis faktor) Kaedah yang digunakan untuk mengkaji saling tindakan antara faktor untuk menentukan faktor yang penting dan besarnya kepentingan itu. (KOM) factor form (bentuk faktor) Bentuk suatu nombor atau ungkapan yang merupakan hasil darab nombor atau ungkapan. Contohnya, 6 = 2 × 3; x 2 – a 2 = (x – a) (x + a

Kembali ke atas