Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan gatal-gatal. (TEKMA) alkylate allergy Kamus Sains.indb 40 7/8/08 11:45:56 AM 41 alloacheiria (alokeiria) Keadaan apabila cucukan pada sesuatu anggota dirasai anggota yang sebelah lagi. Sinonim alloesthesia. (UBAT) alloantibody (aloantibodi) Antibodi hasil rangsangan aloantigen. (BIO) alloantigen (aloantigen) Antigen yang merangsang tindak balas keimunan apabila dimasukkan ke dalam satu individu daripada spesies yang sama tetapi berbeza lebihan kelubung yang tertinggal di tepi pileus cendawan setelah pileus cendawan terbuka. (BIO) appendix (apendiks) Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Fungsi apendiks manusia belum lagi diketahui, tetapi radang pada apendiks akan menyebabkan apendisitis. Apendiks merupakan tempat tinggal mikro- organisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa pada herbivor seperti arnab. (BIO, UBAT) appendix vermiformis

Kembali ke atas