Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1. hilang, lenyap: zaman dongeng­-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd ben­cana; keluputan perihal luput, kelenyapan, ke­musnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luput
1. Bersinonim dengan hilang
( lenyap, lupus, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terhindar
( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan menyimpang
( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : meluputkan, terluput,

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) depegram (depegram) Lengkung berkaitan dengan hasil pendugaan aerologi, yang mewakili suhu titik embun sebagai fungsi tekanan. (HID) depersonalization (depersonalisasi) Perubahan persepsi seseorang tentang dirinya sehingga kewujudan dirinya yang sebenar luput daripada pemikirannya. Keadaan ini merupakan manifestasi neurosis atau penyakit mental yang lain. Depersonalisasi boleh berlaku dalam kalangan individu normal, tetapi kesannya tidak begitu ketara. (UBAT) deplasmolysis (deplasmolisis) Kemasukan semula air formula molekul masing-masing ialah C 2 H 2 dan C 6 H 6 . (KIM, MAT) empty bucket (baldi kosong) Pemuat dalam litar ingatan capaian rawak yang semua casnya telah luput dan dengan itu berada dalam keadaan logik 0. (KOM) EMU (EMU) Singkatan bagi electromagnetic unit. Lihat electromagnetic unit. (KEJ) EMU of capacitance (EMU kapasitans) Unit ukuran kapasitans elektrik teraruh medan

Kembali ke atas