Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
penghulur balak yang mempunyai paku siung untuk memegang kayu balak ketika dipotong. Bahagian ini juga me- nyokong tuil yang digunakan untuk mengendalikan pencengkam dan set tirus. (HUT) knee brace (rembat lutut) Pengukuh yang dipasang pada tiang dengan rasuk untuk menambahkan kete- garan pada kerangka bangunan di bawah tindakan beban melintang. (KEJ) knee wall (dinding lutut) Dinding yang dibina di bawah cerun bumbung. (KEJ) kneeler (batu lututan) Batu atau rasuk konkrit bertetulang yang dibenam ke tebing dan membentuk sempadan untuk mengelakkan kerukan. (KEJ) knife (mata pisau

Kembali ke atas