Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nis] | مانيس

Definisi : manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, per­cakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nya­man (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus diper­timbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menun­jukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih­kasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. kese­ronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nis] | مانيس

Definisi : ; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, Albizzia myrio-phylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar me­manjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nis] | مانيس

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa gula atau rasa madu: ~ kuih ini. 2 sedap dipandang; cantik; elok: Anaknya ~-~ belaka. 3 sangat menarik hati (ttg kelakuan, tutur kata dll); sangat peramah dan lemah lembut kelakuannya: Dia telah menyambut ketibaan kami dgn muka yg ~. ~(-~) buah tidak berapa manis (spt manis kuih, bubur). ~ budi bahasa bertingkah laku yg baik dan bersopan santun. bermanis bercakap atau bertutur dgn kata-kata yg manis. bermanis-manis melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. memaniskan menjadikan manis: Ketika berbincang dgn kami, dia sentiasa ~ mukanya. manisan 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. kemanisan keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. pemanisan perbuatan atau hal memaniskan. pemanis apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
basic body (jasad asas) Jasad sentriol berstruktur yang terdapat di dasar silium dan flagelum yang di- perlukan untuk proses pembentukan silium dan flagelum. (BIO) basic taste (rasa asas) Rasa masam, manis, masin dan pahit. (TEKMA) basiconic receptor (reseptor basikon) Organ deria serangga yang terdiri daripada cuaran berbentuk kon kecil yang pangkalnya dihubungkan kepada gentian saraf. (BIO) basicoxite (basikoksit) Pinggir pangkal koksa rama-rama biru biasa (Polyommatus icarus), rama-rama biru kecil (Cupido minimus), rama-rama biru besar (Maculinae arion) dan rama-rama biru bukit kapur (Lysandra corion). Larvanya merem- beskan cecair manis yang disukai semut. (BIO) blue print (cetak biru) Lukisan perancangan pembinaan yang dicetak menggunakan kertas feropru- siat. Lukisan ini mempunyai garis putih dan berlatar belakang biru. (KEJ) blue stain (cacat

Kembali ke atas