Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sistem yang menyambungkan CPU, ingatan dan peranti I/O dalam sistem komputer untuk menyalurkan isyarat kawalan. (KOM) control data (data kawalan) Butiran data yang digunakan sebagai rujukan bagi mengenal pasti, memilih, melaksanakan, atau mengolah rutin, rekod, fail, pengendalian atau nilai data lain. (KOM) control experiment (uji kaji kawalan/eksperimen kawalan) Uji kaji yang dilakukan dalam keadaan yang sama dengan uji kaji sementara semasa pengolahan. 2. Daftar yang dapat memegang data berbanding daftar lain yang mempunyai tugas khas. (KOM) data retrieval (dapatan semula data) Tindakan atau proses memperoleh data yang dikehendaki dengan memilih, mencari atau menerima kembali data daripada sesuatu punca data. (KOM) data transfer register (daftar pemindahan data) Daftar yang berfungsi memegang data atau alamat data yang akan dipindah- kan. (KOM) data

Kembali ke atas