Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : Ph mengorek (kubur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggali

Puisi
 

Terang bulan menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Kalau tuan tak tahan rugi,
     Janganlah bermain dari mula.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
terusi (kuprum sulfat). Nama tersebut diberikan sempena nama tempat yang mula-mula sekali fungisid ini dihasilkan, iaitu di Burgundy, Perancis. (BIO) burn pit (kolam bakar) Kolam yang dibuat dengan cara menggali tanah dan digunakan sebagai tempat membakar minyak buangan atau bahan buangan lain yang tidak boleh digu- nakan lagi. (KEJ) burn-in (bakar mula) 1. Pengujian sistem dengan mengendalikannya secara sebenar

Kembali ke atas