Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
2. Merujuk kepada bentuk seperti bentuk buah badam. (BIO) amyl nitrite (amil nitrit) Formula C 5 H 11 NO 2 . Cecair kuning yang mudah ternyala, berbau seperti buah- buahan, dan meruap pada suhu yang rendah. Bahan ini dapat merelaksasikan kekejangan otot polos pelbagai organ. (UBAT) amylobarbitone (Amylobarbitone) Nama kimia: asid 5-iso-amil-5-etil-barbiturat (C 11 H 18 N tekanan, iaitu dengan menurunkan atau menambah tekanan kepada gas atau cecair yang terlibat sedikit demi sedikit. (KEJ) bleeding (nenesan) 1. Pengeksudatan pengawet cecair daripada permukaan kayu yang diawet. Eksudatnya mungkin meruap dalam bentuk cecair atau mengeras menjadi separa pejal atau pepejal. 2. Pengeksudatan gam, minyak atau damar semula jadi daripada pokok atau papan gergaji yang luka. (HUT) blemish (cacat rupa) Cacat

Kembali ke atas