Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
AM 31 air content (kandungan udara) Udara yang dimasukkan ke dalam konkrit basah semasa penyediaan cam- puran untuk menyediakan ruang yang cukup semasa proses pengembangan dan pengecutan konkrit, khususnya pada musim sejuk. Sekiranya udara tidak dimasukkan, konkrit akan mudah retak dan tidak akan bertahan lama. Kan- dungan udara yang digunakan adalah dalam lingkungan 1%. (KEJ) air discharge (nyahcas udara) 1. Bentuk balas. (BIO, UBAT) antarctic circle (bulatan antartik) Garis lintang 66º32ʼ S (biasanya diambil sebagai 66.5ºS). Kawasan di sepan- jang garis ini mengalami siang selama 24 jam pada hari solstis musim panas (kira-kira pada 22 Disember), dan mengalami malam selama 24 jam pada hari solstis musim sejuk (kira-kira pada 21 Jun). (METEO) antarctic circumpolar current (arus lingkar kutub antartik

Kembali ke atas