Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : beberapa jenis serangga ber­sayap yg suka menggigit dan meng­hisap darah. ~ aedes (rimau) nya­muk yg membawa demam denggi dan demam kuning, Aedes aegypti. ~ biasa nyamuk yg biasa terdapat tetapi tidak berbahaya, Culex fatigans. ~ tiruk nyamuk yg membawa penyakit malaria, Anopheles maculatus (sundaicus, umbrosus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk

Puisi
 

Banyak nyamuk di hutan Tengar,
     Buah betik dipanggil papaya;
Kicau murai lagi didengar,
     Inikan pula cerita manusia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang ditanam dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuli- haraan sumber genetik, pengajaran dan penyelidikan. (BIO, HUT) arbovirus (arbovirus) Sebarang kumpulan virus yang dibawa oleh artropod. Antaranya termasuklah virus bawaan nyamuk yang mengakibatkan penyakit seperti demam kuning, demam denggi, dan virus yang menyebabkan infeksi sistem saraf pusat. (BIO, UBAT) arc discharge (nyahcas arka) Arus elektrik arus terus di antara dua elektrod factor. (BIO) biotic factor (faktor biotik) Organisma hidup yang mempengaruhi kehidupan organisma lain dalam se- suatu persekitaran. Contohnya, kehadiran ikan tilapia dalam tasik merupakan faktor biotik yang boleh mengawal populasi nyamuk. Sinonim biotic. (BIO) biotope (biotop) Perihal persekitaran biologi. (BIO) biotransformation (biotransformasi) Perubahan molekul kimia akibat tindakan sistem biologi seperti tindakan mi- kroorganisma atau enzim. (BIO) biotrophic (biotrof) Perihal organisma yang

Kembali ke atas