Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
melalui pembedahan. (UBAT) cut-off voltage (voltan penggalan) Lihat critical voltage. (FIZ) cut-off wall (dinding pemotong) Dinding diafragma yang strukturnya terdiri daripada konkrit tetulang yang di- bina dari aras parit pemotong dan bersifat kalis air. (KEJ) cutting unit (unit potongan) Keluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan dengan 12 inci persegi. Contohnya, jumlah konkrit tremi) Konkrit siap campur yang digunakan semasa pengkonkritan dalam air dengan menggunakan paip tertentu yang disambungkan terus ke corong tuang. (KEJ) trench (peparit) Korekan panjang dan sempit biasanya untuk parit atau asas bangunan. (KEJ) Trendelenburgʼs operation (pembedahan Trendelenburg) Eksisi atau ligasi vena safenus untuk merawat vena varikos. (UBAT) trephine (trefin) Alat yang digunakan untuk memotong dan mengeluarkan sekeping tulang dalam

Kembali ke atas