Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan tidak bersatu padu (huru-­hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh mem­bawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti; berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak ber­satu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar­-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mang­kuk dll); memecah-belahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah belah

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Raga menanti pecah.

Bermaksud :

Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dengan sam- bungan atau pendawaian. Contohnya, suis, ros siling, fius, soket alur keluar, pemegang lampu, siku, sesendal dan pengganding. (KEJ) accessory disc (cakera aksesori) Cakera atau gelang di kedua-dua belah cakera Z. Sinonim N-disc. (BIO) accessory hearts (jantung aksesori) Struktur bak saku pada tempat tertentu seperti pada pangkal sayap, sesungut atau kaki serangga. Struktur ini berfungsi untuk membantu peredaran codon (ambar kodon) Urutan UAG dalam mRNA yang tidak mengekodkan asid amino asli. Kodon ini menyebabkan pemberhentian pramatang dalam sintesis protein. (KIM) ambidextrous (ambidekstrus) Perihal mempunyai kemahiran menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuat sesuatu pekerjaan. (UBAT) ambient (ambien) Berkaitan dengan keadaan persekitaran. Contohnya, suhu ambien yang meru- pakan suhu persekitaran. (KIM) ambiguity error (ralat ketaksaan) Ralat pemprosesan yang biasanya berbentuk

Kembali ke atas