Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjelmaan


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tanah. Gejala awal yang kelihatan ialah daun menguning dan gugur lebih awal kerana gangguan penyerapan air dan mineral oleh akar yang busuk. (BIO) root tuber (ubi akar) Ubi yang merupakan penjelmaan akar yang tidak dapat dijadikan alat perkem- bangbiakan. Contohnya, ubi kayu (Manihot esculenta) dan sengkuang (Pachy- rhizus erosus). (BIO) root-cap (jidal akar) Tisu yang menutupi bahagian hujung akar dan

Kembali ke atas