Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid atau tumbuhnya bulu sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Tempoh peringkat remaja bagi lelaki bi - asanya 14 tahun hingga 25 tahun, dan bagi perempuan 12 tahun hingga 21 tahun. (UBAT) adrenal dysfunction (disfungsi adrenal) Bahagian ginjal yang tidak berfungsi. (BIO) adrenal function test (ujian fungsi adrenal) Ujian untuk mengetahui sama ada kelenjar adrenal berfungsi

Kembali ke atas