Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bermaksud arah teduhan angin. Kona berkait dengan ayunan ke selatan atau ke tenggara tekanan rendah Aleutia dan laluan tekanan rendah sekunder (siklon kona) dari barat laut ke tenggara di utara pulau-pulau tersebut. (HID) kona cyclone (siklon kona) Siklon besar yang bergerak perlahan-lahan dan terbentuk di kawasan subtro- pika semasa musim sejuk. (HID) kona storm (ribut kona) Ribut di Hawaii yang

Kembali ke atas