Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
census Kamus Sains.indb 195 7/8/08 11:48:26 AM 196 central force (daya berpusat) Daya yang sentiasa menghala ke sesuatu titik tetap, iaitu fokus di ruang walau- pun jasad yang ditindaknya bergerak di sepanjang laluan tertentu. (FIZ) central processing unit (unit pemprosesan pusat) Bahagian komputer yang mengandungi ingatan utama, daftar khas, dan unit aritmetik dan logik serta berfungsi annya bercerun 1 mendatar terhadap 4 menegak untuk memampas sepitan hu- jung. (HID) circle of confusion (bulatan kekeliruan) Imej bulat kabur bagi objek titik yang terbentuk oleh kanta kamera walau- pun dengan pemfokusan yang paling baik. Sinonim circle of least confusion. (FIZ) circle of least confusion (bulatan kekeliruan terkecil) Lihat circle of confusion. (FIZ) circuit dropout (ciciran litar) Pemberhentian sementara penghantaran

Kembali ke atas