Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.cat] | رنچت

Definisi : ; merencatkan menyebabkan ter­bantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, per­cambahan spora, dan pembiakan seks kulat; terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerja­nya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal; keterencatan perihal atau keadaan terencat; kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu. perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat, gencat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.cat] | رنچت

Definisi : ; merencatkan menyebabkan terhalang atau tertahan (bkn pertum­buhan, pekerjaan dll); membantutkan: Kekurangan zat makanan ~ pertumbuhan pokok. terencat terhalang atau tertahan (bkn pertumbuhan, pekerjaan dll); terbantut: Pertumbuhan pokok itu ~ kerana kekurangan air. keterencatan keadaan terencat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dalam yang menjadi sebahagian organ enamel dan berfungsi merembeskan bahan enamel. Sinonim enamel cell, ada- mantoblast, ganoblast. (BIO) amenorrhea (amenorea) Ketiadaan haid atau berhentinya haid secara abnormal. (UBAT) amentia (amentia) Rencat akal sejak lahir yang darjah keterukannya berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan akal yang berjulat daripada kekeliruan pemikiran sehingga hampir pengsan atau tidak yang me- ngandungi klorofil dan berfungsi sebagai penyokong. Sel ini biasanya pan- jang dan berbeza daripada sel jirannya kerana bentuk dan kandungannya ber - lainan dan dindingnya tebal. (BIO) idiocy (idiosi) Rencat akal yang teruk dan khusus yang biasanya merujuk pada individu yang mempunyai I.Q. yang kurang daripada 25. Istilah ini biasanya merujuk pada perencatan perkembangan akal dalam masa tiga tahun

Kembali ke atas