Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1 tidak berat: Bungkusan yg ~ itu diangkatnya dgn sebelah tangan. 2 ki mudah dijalankan atau mudah dikerjakan: Menyusun kamus bukanlah pekerjaan yg ~. 3 tidak berapa berbahaya (bkn penyakit dll): Orang yg mendapat luka-luka ~ dlm kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 4 ki tidak memabukkan (bkn minuman): Dia menyajikan minuman ~ kpd kami. 5 ki tidak mustahak; tidak penting: Permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~. ~ kepala mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ mulut peramah; suka bercakap-cakap. ~ tangan a. suka menolong orang yg dlm kesusahan; cepat membuat kerja. b. suka mengambil hak atau kepunyaan orang lain. ~ tulang rajin bekerja. meringankan 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. keringanan keadaan atau hal ringan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Contohnya, lelompat daun berwarna hijau kerana habitatnya ialah daun hijau. (BIO) apathy (apati) Keadaan apabila seseorang kurang mempunyai perasaan atau emosi, atau mempunyai sikap tidak peduli. (UBAT) aperient (aperien) Laksatif ringan. (UBAT) aperistalsis (aperistalsis) Ketiadaan gerakan peristalsis. (UBAT) apertometer (apertometer/meter bukaan) Alat yang dicipta untuk mengukur bukaan berangka mikroskop objek. (FIZ) aperture aberration (aberasi bukaan) Aberasi imej yang berlaku kerana terdapat tisu paren - kima yang keras. Ketumpatan keringan udara kayu ara berjulat antara 350 kg/ m 3 hingga 640 kg/m 3 , dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ara tidak kuat, mudah diproses dan mempunyai sifat pengeringan yang baik. Kayu ini digunakan dalam pembuatan kotak kayu, sepit dan papan lapis yang bermutu rendah. (HUT) araban (araban) Hemiselulosa

Kembali ke atas