Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan betina datang untuk mengawan. Contohnya, di tempat pembiakan burung merak, bu - arcuate arena Kamus Sains.indb 102 7/8/08 11:46:31 AM 103 rung jantan menari-nari sambil mempamerkan bulunya yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina. Sinonim lek. (BIO) arenaceous rock (batuan arenit) Batuan sedimen klas atau gersik yang secara keseluruhan mengandungi ba- nyak butiran bersaiz pengering turbo) Pengering yang terdiri daripada turus yang mengandungi dulang yang dicondong- kan pada sudut tertentu. Pepejal lembap disuapkan ke dalam dulang teratas dan pepejal menggelongsor dari dulang ke dulang sambil dikeringkan oleh gas pemanas yang berlawanan arah yang dibekalkan oleh kipas turbin. Wap air daripada pepe- jal disejat oleh gas pemanas secara berperingkat bergantung pada masa mastautin pepejal dalam turus

Kembali ke atas