Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rius] | سيريوس

Definisi : (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rius] | سيريوس

Definisi : 1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serius
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan benar-benar
( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan main-main

2. Bersinonim dengan genting
( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, )
(adjektif:)

3. Rujuk tenat 2



Kamus Sains

Kamus Sains.indb
faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos-faedah kecil, bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadangkala nilai kos sukar untuk diberi nilai kuantitatif dan mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis tersebut. Contohnya, dalam analisis tentang perusahaan perumah- an dan kompleks peranginan di kawasan hutan pergunungan yang penting sebagai kawasan tadahan air, kos yang wujud akibat kerosakan ke atas melibatkan bahagian atas salur pernafasan aki - bat jangkitan virus. Antara gejala penyakit ini ialah demam, sakit kepala dan otot, serta mata dan hidung berair. Penyakit ini boleh mengakibatkan epidemik yang serius bergantung kepada jenis virus. (BIO) information bank (bank maklumat) Pangkalan data besar yang menyimpan maklumat tentang sesuatu perkara. (KOM) information bit (bit maklumat) Bit dalam bingkisan penghantaran data yang mengandungi

Kembali ke atas