Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu I

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
luar biasa yang biasanya disebabkan oleh sentuhan protein asing dengan tisu badan yang sensitif. Alergi makanan lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi. Alergi berpunca daripada pengambil- an makanan seperti telur, susu, ikan, gandum dan beberapa jenis buah-buahan. Tanda-tanda alergi termasuk asma, sakit perut, ruam dan gatal-gatal. (TEKMA) alkylate allergy Kamus Sains.indb 40 7/8/08 11:45:56

Kembali ke atas