Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kamus Sains.indb 18 7/8/08 11:45:21 AM 19 litian pemetaan jadual berbanding dengan cara pencampuran biasa. (KOM) additional first year allowance (elaun tambahan tahun pertama) Pelupusan susut harga bagi tujuan cukai sebanyak 20% dalam tahun pertama bagi peralatan yang hayat perkhidmatannya melebihi enam tahun. (KEJ) additive factor (faktor tambahan) Lihat additive gene. (BIO) additive gene (gen tambah Lihat juga active force, reactive force. (FIZ) applied voltage (voltan kenaan) Voltan yang dibekalkan kepada sesuatu litar. Dalam litar motor atau beban elektrik, nilai voltan kenaan lebih besar daripada nilai susut voltannya. Dalam litar penjana pula, nilai voltan kenaan lebih besar daripada nilai susut voltan. (KEJ) applique (applique) Gabungan kanta yang memberikan jarak fokus yang sama bagi tiga atau lebih jarak

Kembali ke atas