Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termakan

Puisi
 

Kelapa menjadi santan,
     Asal santan menjadi minyak;
Jika ada buah termakan,
     Burung liar menjadi jinak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang menghala ke dalam. 2. Keadaan apabila air kencing kelihatan mengandungi filamen seperti ram- but. (UBAT) trichinosis (trikinosis) Infeksi yang disebabkan cacing nematod usus, Trichinella spiralis. Infeksi ini terjadi akibat termakan daging babi yang kurang masak. Kebanyakan infeksi tidak menunjukkan gejala. Dalam keadaan yang teruk, terdapat empat gejala patognomonik, iaitu edema di sekeliling mata, demam, sakit otot dan hipereo - sinofilia. (UBAT

Kembali ke atas