Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kus] | تيکوس

Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : akar ~ sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang yg mengunggis. ~ ambang bulan Echinosorex gymnurus. ~ babi Hylomys suillus. ~ belanda binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya. ~ hutan Rattus rattus jalorensis. ~ kecil Rattus exulans. ~ kesturi Sorex spp.. ~ mondok Rattus norvegicus. ~ rumah Rattus rattus diardii. ~ tanah (sawah) Rattus rattus argentiventer. menikus ki mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang menghubungkan serebelum dengan sereberum atau pons. (BIO) brachydactyly (brakidaktili) Keadaan jari tangan atau kaki, atau kedua-duanya sekali yang sangat pendek. (BIO) brachyury (brakiuri) Fenotip mutan ekor pendek pada tikus yang dikawal oleh gen T. (BIO) bradycardia (bradikardia) Denyutan jantung perlahan, dapat diketahui dengan kadar nadi yang perlahan sehingga kurang daripada 60 denyutan per minit pada orang dewasa. (UBAT) bradykinin Rashig ring Kamus Sains.indb 545 7/8/08 11:50:17 AM 546 Gelang ini diperbuat daripada tanah liat, plastik, karbon atau porselin. (KEJ) rat-bite fever (demam gigitan tikus) Sejenis penyakit berjangkit yang diakibatkan oleh Spirillum minor atau Strep- tobacillus moniliformes yang terdapat dalam darah di sekitar bahagian tubuh yang digigit oleh tikus yang terinfeksi. Bekas gigitan tikus tersebut

Kembali ke atas