[tu.gas] | توݢس
Definisi : 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi penerangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.gas] | توݢس
Definisi : ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.gas] | توݢس
Definisi : 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi memberikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menugasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)