Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lis] | توليس

Definisi : ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lis] | توليس

Definisi : ; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. me­nu­lisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak ber­dakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; ter­catat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,

Puisi
 

Anak ayam turun empat,
     Satu mati tinggal tiga;
Minta tulis dalam makrifat,
     Minta masuk dalam syurga.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
winds (angin K) Angin pada aras penerbangan dan ditentukan dengan menggunakan sistem K. (METEO) kymogram (kimogram) Hasil rakaman yang dibuat oleh kimograf. (BIO) kymograph (kimograf) Alat untuk merakam pergerakan alat tulis dan biasanya digunakan dalam fisiologi untuk merakam aktiviti seperti perubahan tekanan darah. (BIO) Kuroshio system kymograph Kamus Sains.indb 478 7/8/08 11:49:51 AM 479 L L biasanya akan di- hapuskan selepas pemprosesan selesai. (KOM) volatile memory (ingatan meruap) 1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan. Sinonim vola- tile storage. (KOM) volatile storage (storan meruap) Lihat volatile memory. (KOM) volatilization (pemeruapan) Perubahan bahan

Kembali ke atas