Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
penglihatan secara automatik. (KOM) recombinant gamete (gamet rekombinan) Gamet yang mengandungi kombinasi baru gen yang dihasilkan melalui pindah silang semasa meiosis. (BIO) recombination nodule (bintil rekombinasi) Organel yang mengandungi elektron tumpat yang kelihatan terlekat pada kom- pleks sinaptonema. (BIO) record (rakam) Proses memasukkan data ke dalam peranti ingatan atau pangkalan data. (KOM) record block (blok rekod) Ruang bersaiz tetap dalam peranti

Kembali ke atas