[u.ta.ra] | اوتارا
Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.ta.ra] | اوتارا
Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.ta.ra] | اوتارا
Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[u.ta.ra] | اوتارا
Definisi : ; mengutarakan 1 mengemukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)