social capital | modal sosial | Geografi | Tiada | Tiada |
social capital | modal sosial | Ekonomi | Tiada | Tiada |
social capital | modal sosial | Sosiologi | Tiada | Kekayaan masyarakat dalam bentuk pelajaran, seni, keharmonian, dan sebagainya. |
social class theory | teori kelas sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kela |
decolonization | penyahjajahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini. |
blended finance | pembiayaan campuran | Kewangan | Tiada | Strategi sumber modal awam untuk menarik pihak pelabur swasta bagi melabur dalam projek yang boleh mencapai pulangan kewangan positif terhadap kesan sosial dan alam sekitar. |
bourgeoisie | borjuis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap |
globalisation | globalisasi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses berterusan yang mengintegrasikan politik, sosial dan budaya negara-negara melalui rangkaian pertukaran rentas sempadan yang dilonjakkan oleh langkah multilateralisme. Contohnya, globalisasi ekonomi, iaitu proses bagi membolehkan ekonomi negara bersepadu menjadi ekonomi antarabangsa melalui perdagangan, pelaburan asing secara langsung, aliran modal dan penyebaran teknologi. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, globalisasi bererti penerimapakaian sebuah peraturan oleh satu demi satu negara, sehingga akhirnya hanya peraturan itu sahaja yang diterima untuk seluruh dunia. |
closed door policy | dasar pintu tertutup | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar sesebuah negara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Dasar ini diamalkan bertujuan untuk menghalang sebarang kemasukan pengaruh luar ke dalam negara tersebut bagi melindungi kepentingan pihak yang berkuasa. Pada masa kini, ia lebih difahami sebagai dasar penutupan hubungan perdagangan dan kemasukan modal asing serta hubungan sosial antara negara tersebut dengan negara luar. Kemasukan modal asing dan juga nilai nilai sosial luar dilihat sebagai satu ancaman terhadap statua quopemerintah dan perkembangan politik dalaman. Negara yang mengamalkan dasar ini biasanya akan menjelaskan kepada masyarakat bahawa negara itu sudah kaya dan kuat serta tidak memerlukan hubungan luar. Contohnya, negara Albania semasa pemerintahan rejim komunis dan negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tung. |
Colombo Plan | Rancangan Colombo | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rancangan yang dilancarkan pada tahun 1951. Sekretariatnya terletak di Colombo, Sri Lanka. Rancangan ini diwujudkan dalam usaha kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rancangan ini lahir daripada persidangan menteri luar negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Bantuan di bawah rancangan ini meliputi bidang pendidikan dan kesihatan, program latihan, pinjaman modal, bekalan makanan dan peralatan serta bantuan teknikal. Perancangan asalnya hanya untuk tempoh enam tahun, iaitu dari tahun 1951 hingga 1957. Kemudian rancangan tersebut disambung untuk beberapa tahun lagi sehingga kini. Antara negara penyumbang utama rancangan ini ialah Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada. |