New World Order | Orde Baru Dunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas. |