poster plant | syarikat poster | Komunikasi | Korporat | Organisasi yang menyediakan perkhidmatan penyediaan, pemasangan, dan penyenggaraan poster untuk tujuan pengiklanan yang dipasang di kawasan luar bangunan. Organisasi ini diberikan surat kebenaran beroperasi oleh pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan struktur panel poster dan struktur pengiklanan di kawasan pasaran yang ditentukan. Organisasi ini kemudiannya membina kemudahan papan peragaan iklan dan menyewakannya kepada agensi pengiklanan dan menyenggarakannya sepanjang tempoh kontrak yang dipersetujui. |