usury goods | barang ribawi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang memerlukan kaedah urus niaga khas untuk mengelakkan berlakunya riba. Barang tersebut ialah emas, perak, kurma, garam, gandum dan barli. Pertukaran yang melibatkan barang yang sejenis perlu memenuhi syarat, seperti kesamaan berat dan ukuran, dan pertukaran serentak. Contohnya, emas dengan emas atau kurma dengan kurma. Pertukaran yang melibatkan barang ribawi yang berlainan jenis pula hanya perlu ditukar secara serentak. Contohnya, emas dengan perak atau gandum dengan barli. Barang-barang lain yang mempunyai ‘illah atau ciri-ciri barang ribawi boleh juga dikategorikan sebagai barang ribawi seperti beras. |
riba’ | riba | Perniagaan Islam | Tiada | Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah. |
المزابنة | jual muzabanaṯ | Agama Islam | Fiqh | Jualan sesuatu barang (ribawi) dengan barang yang sejenis dengannya secara andaian dari segi kadarnya. |