heart-shaped | bentuk jantung | Pertanian | Tiada | Tiada |
tinundu-undu(Rgs.) | tinundu-undu | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk retin yang dipadankan dengan bentuk jantung pisang. |
cordate | kordat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk pangkal daun yang bercuping bulat seperti bentuk jantung. Contohnya, daun sirih (Piper betle) dan daun kaduk (Piper sarmentosum). |
electrocardiogram | elektrokardiogram | Biologi | Fisiologi | Rakaman aliran elektrik yang dihasilkan oleh kegiatan jantung dalam bentuk graf. |
cardiotocogram | kardiotokogram | Kejururawatan | Tiada | Rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari aspek kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. |
thalassemia major | talasemia major | Perubatan | Tiada | Bentuk talasemia homozigus semasa kanak-kanak yang bercirikan keletihan splenomegali, anemia teruk, pembesaran jantung, jaundis, ulser pada kaki dan penebalan tulang kranium. |
physiological antagonism | antagonisme fisiologikal | Farmasi | Farmakologi | Bentuk antagonisme yang berlaku apabila satu agonis diberi untuk menghasilkan tindak balas fisiologi yang berlawanan dengan satu agonis lain. Kedua-dua agonis ini mempunyai tindakan yang berbeza dan bertindak melalui reseptor yang berbeza. Contohnya, dalam rawatan bradikardia yang disebabkan oleh peningkatan pembebasan asetilkolina dari saraf vagus, isoproterenol (sejenis agonis adrenoseptor p) digunakan wttuk meningkatkan denyutan jantwtg dengan memimik rangsangan simpatetik pada jantung. |
warfarin | warfarin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C19H16O4; nama dagang, Coumadin, Panwarfin, Athrombin-K. Sejenis antikoagulan daripada sebatian kumarin yang digunakan dalam bentuk garam natrium dan kalium. Warfarin juga digunakan sebagai rodentisid. Dos terapeutik ialah 1 mg/L - 3 mg/L, manakala dos toksik adalah daripada 10 mg/L, dos maut pula adalah daripada 100 mg/L. Kesan sampingannya yang paling biasa ialah pendarahan, dan tidak seharusnya diberikan kepada ibu hamil. Watfarin berisiko tinggi terhadap pesakit yang mengalami penyakit serebrovaskular iskemik, tromboembolisme dan penyakit jantung iskemik. Kelebihan warfarin berbanding dengan heparin ialah, warfarin boleh diberikan secara oral, manakala keburukannya pula ialah masa tindakannya yang lambat. |
cardiac glycoside | glikosida kardiak | Herba | Fitokimia | Sejenis glikosida triterpena steroid yang terubah suai dengan bahagian aglikonnya terdiri daripada satu sistem gelang tetrasiklik tetapi mempunyai gelang lakton tak tepu, lima atau enam ahli. Glikosida kardiak dikelaskan kepada dua kumpulan berasaskan bentuk gelang lakton pada aglikonnya, iaitu kardenolida dan bufadienolida. Unit gula biasanya terikat pada C-3 dan boleh terdiri daripada satu hingga empat gula ringkas. Kebanyakan gula dalam glikosida kardiak adalah daripada jenis 2,6-dideoksiheksosa. Contoh glikosida kardiak ialah digoksin yang dihasilkan daripada Digitalis lanata. Glikosida kardiak digunakan sebagai ubat untuk rawatan masalah jantung. |
benzene chronic poisoning | keracunan kronik benzena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan, mau pendedahan kepada benzena atau terbitannya, misalnya toluena atau xilena. Gejala keracunan tennasuk loya, sakit kepala, pening, hilang selera makan, mengantuk, gementar, pucat dan tiada koordinasi. Dalam kes teruk, kegagalan pernafasan atau nadi jantung yang sangat cepat keracunan kuinidina keracunan kuinina mungkin menyebabkan kematian. Pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan pengurangan sumsum tulang yang mengakibatkan anemia aplastik atau satu bentuk leukemia. |