Corinthian order | aturan Corinth | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan seni bina ini lebih tertumpu pada bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan terutamanya pada bahagian kepala tiang. Aturan Corinth paling beradun dan lebih banyak memasukkan unsur-unsur hiasan berbanding dengan aturan klasik yang lain. Hiasan aturan Corinth terdiri daripada corak berunsurkan daun akantus. |
Doric order | aturan Doris | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan seni bina ini lebih tertumpu pada bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan terutamanya pada bahagian kepala tiang. Aturan jenis ini mempunyai reka bentuk tiang yang ringkas tetapi lebih berhias daripada aturan Tuscany. |
Ionic order | aturan Ionia | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini mempunyai hiasan pada bahagian kepala tiang yang berbentuk seperti sesiput atau kertas bergulung. Selain itu, ia juga mempunyai struktur tiang yang lebih panjang yang menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding dengan tiang daripada aturan klasik yang lain, mempunyai garis-garis berjalur dari bahagian atas hingga ke bawah tiang dan bahagian tengah tiang yang cembung. |
composite order | aturan komposit | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini menggabungkan bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan pada tiang berdasarkan penyatuan daripada aturan Ionia dan aturan Corinth. |
Tuscan order | aturan Tuscany | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini mempunyai bentuk dan hiasan tiang yang paling ringkas berbanding dengan aturan tiang klasik yang lain. |
architecture | seni bina | Kesenian | Seni Bina | Gabungan ilmu seni dan sains untuk mereka bentuk, merancang dan membina bangunan atau binaan yang boleh dihuni oleh manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mesin dan sebagainya. Aspek seni menjadi salah satu unsur utama dalam perancangan seni bina terutamanya yang berkaitan dengan nilai-nilai estetika yang terdapat pada sesebuah bangunan. Seni bina dirancang berdasarkan sesuatu konsep reka bentuk. Ia merupakan satu proses yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya bagi membina struktur yang melibatkan pelbagai pihak dengan matlamat tertentu. Antara faktor yang mempengaruhi reka bentuk seni bina ialah keperluan pengguna, pengaruh budaya, pengaruh teknologi dan falsafah seni bina. Istilah seni bina berasal daripada bahasa Latin �architectura�, atau bahasa Yunani �architecton� yang bermaksud tukang bangunan atau tukang kayu. |
New Brutalism | Brutalisme Baru | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang menjurus kepada fungsi. Pendekatan ini merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam gaya antarabangsa yang melibatkan penggunaan reka bentuk arca yang besar dan penggunaan bahan mentah dengan struktur konkrit kasar. |
morality | moral | Kesenian | Seni Bina | 1. Prinsip-prinsip mengenai perbezaan antara tingkah laku yang betul atau salah. 2. Pendekatan dalam seni bina yang berdasarkan prinsip moral yang mendakwa bahawa gaya seni bina harus jujur ??dan rasional serta mencerminkan keperluan masyarakat kontemporari. Prinsip moral ini telah berakar umbi dalam tradisi teori lama seawal zaman Pugin, Viollet-le-Duc dan Corbusier. |
Bauhaus | Bauhaus | Kesenian | Seni Bina | Ideologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen. |
pediment | pedimen | Kesenian | Seni Bina | Bahagian mukaan berbentuk segi tiga yang biasanya terletak sama ada di bawah bumbung, di bahagian atas pintu masuk bangunan dan sebagainya. Bahagian ini sering dihias dengan pelbagai corak dan ukiran yang menarik. Dalam seni bina klasik, pedimen merupakan salah satu elemen yang membentuk ciri-ciri seni bina klasik. |