sukuk bithaman ajil | sukuk bithaman ajil | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Aset dan perkhidmatan kemudiannya dijual kepada pemegang sukuk. iv. Pengeluar sukuk kemudiannya membeli semula aset dan perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk dengan bayaran ansuran. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada harga jualan kerana harga jualan semula oleh pengeluar sukuk meliputi kos pembelian sukuk dan margin. |
bai‘ bithaman ajil (BBA) | bai‘ bithaman ajil (BBA) | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli aset dengan pembayaran dibuat secara tertangguh atau ansuran serta harga jualan ditentukan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Jual beli ini biasanya bagi urus niaga jualan kredit jangka panjang seperti rumah dan tanah. Jual beli diakadkan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tempoh bayaran balik dan harga. Bai‘ ini juga dikenali sebagai bai‘ muajjal atau bai‘ ajal. Lihat juga thaman. |
bai‘ bithaman ajil contract/deferred payment sale | akad bai‘ bithaman ajil | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad pembiayaan yang membolehkan pelanggan membeli sesuatu aset dengan pembayaran tertangguh, iaitu secara ansuran dalam tempoh tertentu. Dalam pembiayaan ini, institusi kewangan membeli aset dan menjualnya kepada pelanggan pada tingkat harga yang dipersetujui. Harga jualan mengandungi kos pembelian aset tersebut dicampur dengan margin keuntungan. Aset tersebut akan digunakan oleh institusi kewangan sebagai cagaran. Akad ini digunakan secara meluas oleh institusi kewangan untuk membiayai pembelian sesuatu aset yang dikehendaki oleh pelanggan. Contohnya, pembiayaan perumahan dan kenderaan. |
al-bai' bithaman al-ajil | jualan harga tangguh | Ekonomi | Tiada | Tiada |
al-bai' bithaman al-ajil | jualan harga tangguh | Ekonomi | Tiada | Tiada |
ta’jil | tangguh bayaran | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Proses penangguhan pembayaran dalam akad jual beli. Lihat juga bai‘ bithaman ajil. 2. Proses penangguhan tempoh pembayaran hutang asal kepada tempoh lain yang dipersetujui. Ta’jil diharuskan dengan syarat dipersetujui kedua-dua belah pihak, iaitu pemiutang dan penghutang tanpa sebarang faedah. Penangguhan bayaran diharuskan dalam hal yang bukan bahan ribawi. |
fixed rate mechanism | mekanisme kadar tetap | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kaedah penentuan kadar untung yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar untung ditetapkan pada masa akad pembiayaan dimeterai dan bergantung kepada jenis akad yang digunakan seperti akad bai‘ bithaman ajil, murabahah, ijarah dan istisna’. Mekanisme ini memberi lebih manfaat kepada pelanggan melalui dua cara. Pertama, pelanggan boleh mengenal pasti kos dan risiko yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan. Kedua, pelanggan dapat mengelakkan kenaikan kos yang ditanggung apabila berlaku kenaikan kadar untung pembiayaan semasa di pasaran. Contoh sukuk yang boleh menggunakan mekanisme kadar tetap ialah sukuk salam, sukuk istisna‘ dan sukuk bai‘ bithaman ajil. |
debt financing | pembiayaan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip hutang seperti qardul hasan, bai‘ murabahah, bai‘ bithaman ajil dan bai‘ muajjal. Bentuk pembiayaan ini membolehkan pelanggan memperoleh aset dengan berhutang. Hal ini bermakna pelanggan perlu membayar semula hutang pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Bank tidak berhak memiliki aset tersebut. |
bai‘ dain | bai‘ dain/jual beli hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli sekuriti hutang, hasil daripada aktiviti perniagaan kredit yang selaras dengan syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil dan al-murabahah. Jual beli ini mempunyai risiko kegagalan yang rendah. Sekuriti hutang yang berasal daripada pinjaman wang tidak dibenarkan untuk mengelakkan riba. Contohnya, pihak bank membeli sekuriti hutang yang akan matang dalam tempoh 3 bulan, bernilai RM20,000 daripada pelanggan dengan membayar harga tunai terdiskaun RM19,000 terhadap sekuriti hutang itu. |
Islamic Bank | Bank Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi yang menerima dana dan memberi pembiayaan kepada pelanggan berasaskan prinsip syariah seperti wadi‘ah, mudarabah, musyarakah, ijarah dan bai‘ bithaman ajil. Akaun semasa wadi‘ah, akaun simpanan wadi‘ah dan akaun pelaburan mudarabah merupakan dana yang diterima oleh bank, manakala pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti merupakan dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan. Keuntungan yang diterima oleh bank daripada pembiayaan akan dikongsi bersama dengan penyimpan akaun pelaburan mudarabah mengikut peratusan yang dipersetujui. |