Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicerobohi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
private areakawasan persendirianLandskapTiadaKawasan hak milik individu atau badan tertentu yang tidak boleh dicerobohi oleh orang luar.
data protection actakta perlindungan dataTeknologi MaklumatTiadaAkta yang mencegah data sulit daripada disalin, diagih atau dicerobohi.
data breachpelanggaran dataTeknologi MaklumatTiadaPerbuatan yang tidak mematuhi terma dan undang-undang yang menyebabkan data dicerobohi dan dicuri tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik sistem.
spoonerismspoonerismeTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penulisan yang digunakan oleh penggodam untuk menghasilkan nama yang menarik lagi dirinya sendiri ataupun untuk menanda mesej kejayaan dicerobohi pengguna hasad. Contohnya, Kitizen Cane adalah suatu spoonerisme untuk Citizen Kane.
corporate securitykeselamatan korporatKriminologiKeadilan JenayahKeadaan keselamatan atau langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam sektor korporat bagi tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, perlindungan terhadap aset, maklumat dan data perniagaan daripada dicerobohi dan dicuri.
renunciationpelepasan hakSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan penyerahan hak yang boleh dilakukan secara jelas seperti melalui surat atau secara tidak jelas oleh sesuatu negara yang sebenarnya mempunyai hak terhadap sesuatu tetapi hak tersebut telah dicerobohi oleh pihak lain. Contohnya, sekiranya terdapat bahagian tertentu wilayah sesebuah negara diduduki negara lain dan negara pemilik membiarkannya, maka negara tersebut dianggap telah melepaskan haknya terhadap wilayah tersebut.
safety barriersawar keselamatanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHalangan fizikal yang dipasang agar pergerakan operator dan orang awam dapat disekat daripada memasuki kawasan kawalan dan seliaan semasa kerja-kerja radiografi industri dilaksanakan. Halangan ini boleh berbentuk tali atau lapisan plastik nipis yang dibentuk untuk menutup laluan yang berpotensi untuk dicerobohi atau dimasuki oleh manusia.
sovereign authorityautoriti berdaulatSains PolitikPolitik PerbandinganAutoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat.

Kembali ke atas