fantasy | fantasi | Kesusasteraan | Tiada | Unsur pelarian dan realiti secara sedar yang lazimnya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. |
accident | kemalangan | Sejarah | Tiada | Peristiwa yang berlaku di luar jangkaan yang sering dihubungkaitkan dengan kehilangan jiwa atau harta benda. |
Iddings classification | pengelasan Iddings | Geologi | Tiada | Pengelasan batuan igneus yang pengelasan mineralogi Rosenbusch dan Zirkelnya dihubungkaitkan dengan CIPW atau pengelasan normatif, dicadangkan oleh J.P. Iddings pada tahun 1913. |
bunga rama-rama | bunga rama-rama | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur haiwan berbentuk rama-rama, lazimnya dihubungkaitkan dengan corak pokok pada batik sarung. |
fantasy | fantasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alice�s Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik. |
intrinsic value | nilai dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Nilai atau mutu yang terkandung dalam sesebuah puisi itu sendiri tanpa dihubungkaitkan dengan nilai yang terdapat di luarnya. Sinonim nilai intrinsik. |
crytoperiod | kriptotempoh | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tempoh masa atau tempoh hayat yang diberikan kepada kekunci tertentu yang sah digunakan dalam sistem kriptografi. Kebiasaannya dihubungkaitkan dengan aspek pengurusan kekunci. |
Leitmotif | Leitmotif | Muzik | Tiada | Melodi tertentu yang dihubungkaitkan dengan pelbagai idea, watak dan kejadian. Melodi ini diulang dalam pelbagai transformasi sepanjang opera untuk menggambarkan pengembalian idea, watak dan kejadian tersebut. Istilah ini direka oleh rakan Wagner yang bernama Hans Paul von Wolzogen untuk merujuk kepada gaya asas opera Wagner yang matang. Contohnya, motif Erda, alam dan pedang yang terdapat dalam Der Ring des Nibelungen (1848-1874) oleh Wagner. Sinonim Leitmotiv. |
chan | chan | Muzik | Tiada | Aras metrik yang terdapat dalam muzik klasik Thai. Setiap chan dihubungkaitkan dengan tempo spesifik dan pukulan ching pada bit spesifik. Contohnya, chan dio, iaitu chan satu dikaitkan dengan tempo cepat. song chan, iaitu chan dua dikaitkan dcngan tempo sederhana, sementara sam chan, iaitu chan tiga pula dikaitkan dengan tempo perIahan. Lihat juga pleng reuang, thao. |
centrifugal structure | struktur emparan | Kesusasteraan | Tiada | Struktur sajak yang bergerak ke luar dari pusatnya. Gerakan melalui beberapa lapisan dan sudut pandangan sehingga kepada hujahan utama sajak tersebut. Sajak merangkumi pelbagai imej dan konsep yang berbeza tetapi dihubungkaitkan dengan nada dan tema. Sajak sedemikian mempunyai struktur dan tema yang luas dan longgar sehingga dapat menampung isi yang pelbagai dan menyimpang. Lihat juga struktur memusat. |