Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketengahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective unconsciousbawah sedar kolektifKesusasteraanTiadaCiri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya den
pragmatic criticismkritikan pragmatikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan kesan karya terhadap khalayak. Kritikan ini menjadi dominan pada abad ke-18. Pada abad ke-20, kritikan pragmatik diketengahkan semula oleh Wayne C. Booth dalam karyanya bertajuk The Rhetoric of Fiction dan The Company We Keep: An Ethics of Fiction. Lihat juga kekeliruan hasrat.
recitrecitKesusasteraanTiadaSusunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya.
literary typologytipologi sasteraKesusasteraanTiadaPola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari.
masnawimasnawiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatal
odeodaKesusasteraanTiadaSajak lirik yang panjang dan serius subjeknya, tinggi stailnya, dan elaborat bentuk stanzanya. Oda menampilkan tema yang mulia, gaya yang sangat rasmi, dan nada yang menyanjung. Oda dapat merakamkan peristiwa umum yang penting atau yang berkaitan dengan kehidupan peribadi. Oda juga mengandungi pujian terhadap seseorang. Jenis prototaip puisi ini diketengahkan oleh penyair Greek yang bernama Pindar yang bermodalkan lagu daripada korus drama Greek. Dalam sastera Inggeris oda digunakan oleh Ben Johnson (1572) yang meratapi kematian seorang tokoh melalui karyanya berjudul Ode on the Death of Sir H. Morison.
appeals proceduretatacara rayuanPentadbiranPentadbiran Awam

Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

hybridizationpengacukanKesusasteraanTiadaAdunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi.
reader response theoryteori respons pembacaKesusasteraanTiadaTeori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan.
12

Kembali ke atas