deficiency | kedefisienan | Biologi | Genetik | Kehilangan sebahagian daripada kromosom. Kedefisienan yang terhasil dinamai kedefisienan terminal sekiranya bahagian yang hilang ialah bahagian hujung, dan dinamai kedefisienan interkalari sekiranya bahagian yang hilang ialah bahagian dalam. |
obligate parasite | parasit obligat | Biologi | Ekologi | Parasit yang tidak dapat hidup tanpa perumah. Parasit obligat tumbuhan dinamai fitoparasit, dan parasit obligat haiwan dinamai zooparasit. Sinonim parasit kekal. |
termination codon | kodon penamat | Biologi | Genetik | Kodon pada mRNA yang tidak mengekod sebarang asid amino. Dengan yang demikian, kodon ini menamatkan sintesis protein. Contoh kodon-kodon penamat ialah UAA, UAG, dan UGA. Kodon UAA dinamai ochre dan kodon UAG pula dinamai amber, manakala kodon UGA dinamai opal atau umber. kodon tak bererti. |
phototaxis | fototaksis | Biologi | Ekologi | Gerak balas organisma terhadap rangsangan cahaya. Pergerakan haiwan (misalnya Euglena) menuju sumber cahaya, dinamai fototaksis positif, manakala pergerakan haiwan (misalnya cacing tanah) menjauhi sumber cahaya, dinamai fototaksis negatif. |
rotation | putaran | Mekanik | Gunaan | Gerakan jasad yang melibatkan perubahan kedudukan sudut bagi garis pada jasad itu. kadar putaran terhadap masa dinamai halaju sudut dan kadar perubahan halaju sudut dinamai pecutan sudut. Gagasan putaran tidak wujud untuk zarah. Antara jenis-jenis putaran termasuklah egahan, liukan dan mejaman. |
elluviation | pengeluviuman | Biologi | Ekologi | Pergerakan bahan tanah dari satu tempat ke tempat lain di dalam tanah. Horizon yang kehilangan tanah melalui pengeluviuman dinamai eluvium, manakala yang menerima tanah dinamai iluvium. |
membranous labyrinth | labirin bermembran | Perubatan | Tiada | Lingkaran saluran bermembran yang terdapat di dalam labirin bertulang, yang mengandungi cecair yang dinamai endolimfa. Di antara struktur ini dengan labirin bertulang terdapat cecair yang dinamai perilimfa. |
parabola | parabola | Matematik | Tiada | Lokus titik yang jaraknya dari suatu titik tetap dan dari suatu garis tetap adalah sama. Titik tetap ini dinamai fokus dan garis tetap ini dinamai direktriks. Parabola boleh juga didapati sebagai keratan kon dengan suatu satah yang selari dengan garis yang menjana permukaan kon. Bandingkan elips, hiperbola. Lihat juga keratan kon RUJUK RAJAH M.S. 75 |
cam | sesondol | Mekanik | Gunaan | Unsur mesin yang digunakan untuk memacu suatu unsur lain, yang dinamai ‘pengikut’, melalui gerakan yang telah ditentukan dan dengan sentuhan langsung [Rajah S3]. Sesondol dikelaskan berdasarkan bentuk asalnya; misalnya sesondol plat (yang juga dinamai sesondol cakera atau sesondol jejarian), sesondol baji, sesondol silinder (atau ‘sesondol tong’), dan sesondol hujung (atau ‘sesondol muka’). SILA RUJUK RAJAH DI M/S 175 RAJAH S3 |
intercept | pintasan | Matematik | Tiada | 1. Titik tempat lengkung atau lokus memotong paksi-x dan paksi-y. Titik tempat lengkung memotong paksi-x dinamai pintasan-x, manakala yang memotong paksi-y dinamai pintasan-y. |