canopied road | jalan teduh | Landskap | Tiada | Jalan yang dinaungi oleh pokok rendang atau bumbung. Jalan ini biasanya terdapat di taman-taman. |
client regime | pemerintahan bernaung | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang mencirikan hubungan klien yang dinaungi oleh patron dalam sistem feudal. |
wayang kulit Melayu | wayang kulit Melayu | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi ensembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.
|
classical music | muzik klasik | Muzik | Tiada | 1. Muzik istana dan golongan kelas atasan dalam muzik bukan Barat. Pemain dilatih mengikut jadual yang teratur dan tersusun. Muzik klasik dinaungi oleh golongan istana dan biasanya wujud sistem notasi. Contoh muzik klasik ialah joget gamelan, gamelan Jawa dan muzik Hindustani India Utara. Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|