refrain | baris ulang | Muzik | Tiada | Bahagian muzik atau teks yang diulang. Baris ulang juga merupakan bahagian instrumental yang diulang selepas setiap stanza teks dalam sesebuah lagu. Baris ulang juga merujuk kepada bahagian yang diulang dalam sebuah karya instrumental seperti dalam bentuk rondo. Lihat juga ritronello. |
formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kep |
notification repeated | pemberitahu diulang | Komunikasi | Tiada | Tiada |
palilogy | palilogi | Kesusasteraan | Tiada | Satu perkataan yang sengaja diulang-ulang untuk menekankan sesuatu perkara. |
countersubject | kauntersubjek | Muzik | Tiada | Melodi yang diulang beberapa kali dan berfungsi sebagai iringan kepada subjek dalam karya fuga. |
rerun | ulang pertandingan | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan yang diulang sekali lagi, apabila berlaku sesuatu kesalahan oleh salah seorang pelumba yang terlibat. |
refrain | baris ulang | Kesenian | Tiada | Bahagian muzik yang perlu diulang. |
redundant cistron | sistron lebihan | Biologi | Genetik | Sistron yang kerap diulang pada sesuatu kromosom, misalnya sistron dalama pengorganisasi nukleolus yang mengekod molekul RNA ribosom. |
refrain | baris ulang | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian kata atau baris yang diulang kembali pada jarak tertentu dalam sesebuah karya sajak selalunya pada rangkap atau bait terakhir. |
repeated gene families | unit berulangan | Biologi | Genetik | Jujukan nukleotida yang diulang dalam kelompok tandem. |