Co-hong | Ko-hong | Sejarah | Tiada | Tiada |
All Ordinaries Indices | Indeks All-Ordinaries | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Hong Kong. |
Hang Seng Index | Indeks Hang Seng | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks rasmi yang digunakan untuk mengukur prestasi Bursa Saham Hong Kong. |
tiger economy | ekonomi harimau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih. |
newly industrializing economies | ekonomi industri baru | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. |
congak | congak | Muzik | Tiada | Muzik golongan kelas atasan di Korea yang dimainkan semasa upacara keagamaan, hiburan alau ketenteraan. Chongak dikenali juga sebagai aak yang bermaksud anggun dan chong bermaksud betul. Lihat juga oak. |
late modernism | modenisme penghujung | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang wujud pada sekitar tahun 1970-an, yang memasukkan elemen industri dan teknologi ke dalam reka bentuk bangunan. Struktur bangunan ditunjukkan di bahagian luar dan di dalam bangunan. Penggunaan struktur logam dan stuktur konkrit tetulang menjadi pilihan arkitek pada era ini. Contoh bangunan berkonsepkan seni bina ini ialah bangunan HSBC Bank di Hong Kong oleh arkitek Norman Foster. Seni bina ini dikenali juga sebagai seni bina dalam fasa terakhir seni bina moden atau seni bina mengekspresi struktur. Sinonim seni bina teknologi tinggi. |
private organisation | organisasi swasta | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertubuhan atau syarikat yang ditubuhkan oleh seseorang atau sekumpulan individu untuk mencapai keuntungan dan matlamat tertentu yang berada di luar dari sistem pemerintahan., Operasi organisasi swasta biasanya berteraskan peraturan dan wawasan yang tersendiri, tanpa bergantung kepada pihak lain seperti kerajaan. Walaupun organisasi swasta sering dikaitkan dengan perniagaan, ia boleh juga bersifat sosial, budaya atau sukan. Organisasi swasta boleh dilihat sebagai organisasi sokongan kepada kerajaan dan penting bagi menjana ekonomi negara. Contohnya, Hong Kong and Shanghai Bank, Arab-Malaysian Bank dan Celcom. |
cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan deng |