Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yap] | کايڤ

Definisi : penyakit kulit yg berupa bintik-bintik merah dan gatal; jenis-jenis: ~ api, ~ badak, ~ basah, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yap] | کايڤ

Definisi : beberapa jenis penyakit kulit yg gatal dan berair: ~ api; ~ badak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
varicella-zoster virus (VZV)virus varisela-zosterAIDSTiadaVirus herpes yang menyebabkan cacar air dan kayap. Penyakit kayap sering berulang dan lebih teruk pada pesakit terimuno-kompromi.
shingleskayapPerubatanTiadaPengeruptan vesikul herpes, akut dan terinflamasi pada badan dan sepanjang saraf periferi. Sinonim: Herpes zoster.
shingleskayapPerubatanTiadaTiada
shingleskayapAIDSTiadaPenyakit kulit bercirikan lecur dan sakit serta bertaburan sejajar pda sebelah tubuh. Penyakit ini disebabkan oleh virus varisela zoster yang timbul semula selepas penyakit cacar air dan sering berulang serta menjadi lebih teruk pada pesakit terimunokompr
herpes zosterkayapPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan pengaktifan semula virus herpes manusia 3 pada ganglion sensori dan kawasan yang disarafinya. Penyakit ini bercirikan nyeri dan pembentukan kumpulan vesikel di kawasan yang terlibat.
antiherpeticantiherpetikHerbaFitoterapiBahan yang berupaya meredakan gejala yang berkaitan dengan jenis penyakit kayap yang disebabkan oleh virus herpes.
post-herpetic neuralgianeuralgia pasca herpesAIDSTiadaGejala sakit selepas jangkitan virus varisela zoster atau kayap akibat radang saraf pada bahagian tertentu.
herpesherpesHerbaFitoterapiJangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) ataupun virus varisela- zoster (VZV) (rujuk kayap). Herpes menyebabkan keradangan kulit atau membran mukus dengan tompok vesikel yang dalam.
Senna alataGelenggangPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan.
LatexGetahPertanianTiadaCecair yang terhasil di bahagian tumbuhan seperti batang, daun atau buah. Cecair tersebut berwarna putih, kuning, merah atau lut sinar, kebanyakannya melekit. Cecair ini keluar pada permukaan atau kulit tumbuhan yang telah luka. Ciri getah yang dihasilkan oleh sesuatu jenis pokok digunakan dalam pengelasan tumbuhan. Contohnya getah manggis, getah mangga dan bintagor. Terdapat juga getah yang digunakan sebagai ubat contohnya getah keladi candik untuk mengubati kayap.
12

Kembali ke atas